Friday, April 20, 2007

'ANDA YANG PAKSA SAYA...'

Satu klip video yang dirakamkan Cho Seung-Hui telah dihantarkan ke BBC tetapi ia kurang jelas didengar. Klip itu sahaja telah menunjukkan kegangguan jiwanya yang tidak stabil. Dia menggambarkan pemujaan diri, mengagungkan diri dan menolak prinsip keagamaan serta moral.Perbuatan ini menunjukkan kemungkinan dia mengalami kemurungan atau skizofrenia yang hebat.

Klip-klip video yang lain yang dihantarnya cukup menjelaskan kemarahannya terhadap sesuatu atau seseorang yang mungkin telah menyebabkan perbuatan keganasannya.Dia juga menunjukkan kebenciannya terhadap orang-orang yang suka berseronok dan yang kaya.

Aku berharap yang orang ini akan mengambil rawatan yang diperlukan olehnya supaya dia tidak sakit lagi.